The Development Of Two Dimensional Brain Tumors Algorithm On Distributed Parallel Computer Systems
Young Ping Siew, Norma Binti Alias · 2006
Tesis ini adalah fokus kepada pelaksanaan algoritma selari dalam menyelesaikan masalah pertumbuhan sel barah otak dua dimensi dengan menggunakan sistem komputer selari ingatan teragih. Satu kajian terhadap persamaan pembezaan separa, PDE ialah bidang asas kepada matematik dimana kaitannya adalah penting terhadap matematik tulen untuk aplikasi dalam matematik berkomputer. Kaedah penghampiran beza terhingga yang difokuskan sebagai pelantaraan digunakan untuk pendiskretan persamaan parabolik dua dimensi. Hasil kajian bagi satu daripada kaedah penghampiran beza terhingga, iaitu kaedah tak tersirat akan ditunjukkan dalam bentuk graf. Kaedah analisis berangka ini diaplikasikan dalam bidang perubatan dengan menyelesaikan satu model matematik yang melibatkan penyebaran sel barah otak. Satu model parabolik sebagai model matematik digunakan untuk menghuraikan dan mengambarkan perkembangan sel barah secara beransur-ansur daripada peringkat avascular ke vascular melalui proses angiogenic. Tujuan pelaksanaan algoritma selari berdasarkan sistem komputer selari adalah untuk mengambarkan pertumbuhan sel-sel barah otak dalam dua dimensi secara visual. Mesin Selari Ingatan, PVM ialah perisian untuk pelantaraan komunikasi dalam sistem komputer selari. PVM sebagai fungsi sistem perisian yang membolehkan sekumpulan komputer heterogen digunakan sebagai satu sumber pengiraan yang bekerjasama secara teratur dan fleksibel serta dihubungkan oleh satu sistem rangkaian. Prestasi ukuran bagi algoritm telah dianalisiskan dari aspek kecepatan, kecekapan, keberkesanan, dan masa perlaksaan.