Indexing Databases on Malay World Studies: The Critical Role of Knowledge Workers
Choo Ming Ding · 2004
ABSTRAK Pembangunan pangkalan data, enjin gelintar serta antara muka sudah tidak lagi menjadi monopoli syarikat yang menawarkan perkhidmatan maklumat atas talian atau penerbit pangkalan data yang besar. Bermanfaatkan kuasa teknologi, lebih-lebih lagi bercontohkan syarikat pangkalan data atas talian, ATMA sudah membangunkan pangkalan datanya sendiri sejak tahun 1999 untuk memenuhi kehendak para sarjana dan penyelidik yang berkehendakkan bahan dan maklumat tentang Dunia Melayu. Sehingga kini, ATMA sudah membina tiga pangkalan data yang boleh digunakan iaitu Rencana tentang pengajian Melayu dalam pangkalan data PADAT, Peribahasa Melayu dan Pantun Baba yang boleh dicapai di http://www.atma.ukm.my. Dengan itu, sarjana dan penyelidik yang berkenaan dari seluruh dunia sudah boleh mendapat maklumat dan bahan tentang dunia Melayu untuk pertama kalinya di Internet. Memandangkan proses pencarian semakin banyak dilakukan pengguna sendiri, maka keberkesanan, ketepatan dan kesesuaian hasil pencarian sudah menjadi isu penting. Sehubungan itu, kemudahan dan kualiti adalah wajib kepada kewujudan dan masa depan pangkalan data yang berkenaan. Namun, pencarian atas talian boleh gagal dengan halangan yang kecil sahaja, termasuk jalinan itu menjadi terputus dengan tiba-tiba, prosidur log-in diubah, kata laluan menjadi tidak sah, penyata pencarian menjadi terlalu panjang, buku panduan tidak memberi bantuan yang diperlukan, atau kekurangan bidang pencarian. Masalah-masalah pencarian itu akan menjadi semakin besar dan rumit bila beberapa sistem atas talian itu digabungkan. Memandangkan kesilapan boleh berlaku di peringkat pembangunan pangkalan data itu, maka dedikasi, perhatian dan sokongan institusi adalah dianggap penting untuk membolehkan pengguna sendiri boleh melakukan pencarian mereka dengan baik dan memuaskan. Kata kunci: Pangkalan data, KWIC, KWOC, pengajian Dunia Melayu, PADAT, projek pengindeksan, proses pengindeksan, peraturan pengindeksan, analisa kandungan, teknik pencarian, kesesuaian