Smartcard Authentication Using Fingerprint
Salman Firdaus Sidek · UPSI Digital Repository · 2006
Kad pintar menawarkan paradigma bam dalam bidang "pengesahan". Dewasa ini, kekunci persendirian pengguna di simpan di dalam kad pintar, Pengguna boleh membuktikan identiti mereka dengan menggunakan kad untuk membekalkan tandatangan mesej yang betul kepada pelayan pengesahan. Bergantung kepada tahap keselamatan pengesahan kekunci umum, antara usaha terbaru yang dijalankan oleh penyelidik ialah untuk melindungi kekunci persendirian di dalam kad pintar itu sendiri. Telah terbukti bahawa pengesahan melalui kaedah biometriks merupakan kaedah paling praktikal dalam mewujudkan suasana yang selamat untuk proses pengesahan identiti pengguna. Untuk keperluan projek ini, pendekatan yang dihuraikan adalah berkenaan dengan mengenkrip kekunci kriptografi daripada maklumat biometriks pengguna dan seterusnya di gunakan di dalam algoritma sifer simetri. Fuzzy vault Juels dan Sudan dijadikan sebagai titik permulaan untuk membina dan menganalisa skim pengesahan yang selamat dengan menggunakan cop jari dan kad pintar yang dikenali sebagai vault cop jari. Pendekatan yang dicadangkan memerlukan algoritma penyesuaian biometriks dalam mengesahkan kad pintar pengguna.